Id Katalaluan
KPKT | Soalan Lazim | Hubungi Kami | Sitemap

PENCAPAIAN PELAJAR TIDAK SEIMBANG

SIPITANG: Ketidakseimbangan pencapaian pelajar perempuan dengan lelaki merupakan satu cabaran baru dalam bidang pendidikan,Justeru, katanya, ketidakseimbangan itu perlu diberikan perhatian khususnya daripada ibu bapa sebelum keadaan terlambat.

“Perkara itu wajar diberi perhatian…meskipun kita harus melihat ketidakseimbangan itu dari sudut positif tetapi perlu ada usaha melakukan keseimbangan,” katanya.

Berucap pada majlis penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan dua set penghawa dingin kepada Sekolah Kebangsaan Sindumin dekat sini, beliau memberitahu perlu difikirkan apa halangan yang menyebabkan pelajar lelaki tidak mampu untuk seiring dengan pencapaian pelajar perempuan.

Seramai 72 pelajar menerima RM150 manakala 13 pelajar dari Tahun Dua menerima RM350. Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin berkata ibu bapa perlu sedar bahawa mereka memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak memiliki semangat tinggi untuk mencapai pendidikan tertinggi.

Katanya sikap suka menyerahkan tugas mendidik kepada pihak guru tidak harus diamalkan. “Ibu bapalah yang memainkan peranan penting…pencapaian pendidikan anak-anak tidak akan mampu mencapai tahap tertinggi jika ibu bapa masih bersikap sambil lewa,” katanya lagi.

Beliau berkata ibu bapa perlu sedar betapa pentingnya pendidikan yang merupakan kunci kejayaan dan kecemerlangan.

Menurutnya nasib sesebuah keluarga tidak akan berubah jika pendidikan diabaikan. “Hanya pendidikan akan mengubah nasib seseorang dan pada masa yang sama mengelak daripada ditindas dan juga ketinggalan,” katanya.

Hadir sama Penyelia Pelajaran Sipitang Halim Edinin, Guru Besar SK Sindumin Nauyah Abdullah, Ketua Dearah Sipitang Arif Ismail dan Pengerusi PIBG SK Sindumin Jeferidin Ajak
Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad.: Sapawi menyerahkan sumbangan dua set penghawa dingin kepada NauyahDatuk Hj Sapawi Hj Ahmad.: Sapawi menyerahkan sumbangan dua set penghawa dingin kepada Nauyah