Statistik

Keluasan dan Kependudukan
1. Daerah Beaufort mempunyai keluasan 173,898 hektar yang juga mengandungi daerah kecil Membakut seluas 388 km persegi. Daerah ini terdiri dari kawasan rendah. Daerah ini terletak pada kedudukan diBarat Daya Negeri Sabah. Jarak antara ibu negei daripada pusat pentadbiran daerah ini ialah 90 km.
2. Bilangan Penduduk daerah Beaufort sepertimana mengikut banci yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 1980 ialah seramai 36,404 orang. Dalam Bancian tahun 1991 bilangan
penduduk daerah ini telah meningkat kepada 49,245 orang berdasarkan purata pertumbuhan penduduk sebanyak 3.5% setahun. Kini penduduk daerah Beaufort adalah dianggarkan berjumlah 64,756 orang pada tahun 2000
3. Penduduk daerah Beaufort adalah terdiri daripada berbilang suku kaum. Suku kaum yang terbesar ialah suku kaum Bisaya (Melayu) 60% diikuti dengan suku kaum Kadazan/Dusun 14% Brunei/Kedayan Melayu) 12%, suku kaum Murut 9%, suku kaum cina 3% dan lain-lain seperti suku kaum Jawa, India
berketurunan Melayu 2%. Keseluruhan peratus kaum bumiputera ialah 97% manakala 3% pula bukan bumiputera.
MESJID: NURUL IMAN PEKAN WESTON
- 128 reads

