Pengenalan
Sabah merupakan sebahagian daripada wilayah kesultanan Brunei semasa zaman kegemilangannya. Kemudian Sabah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu. Nama Sabah digunakan oleh penduduk tempatan adalah berasal daripada pokok pisang Saba. Nama Borneo Utara pula digunakan semasa pemerintahan Berpiagam Borneo Utara.
Pedagang-pedagang barat juga menggelarkan Sabah sebagai Ceylon Baru kerana persamaan geografi dengan Ceylon (Sri Lanka). Sabah juga dikenali sebagai Negeri di Bawah Bayu. Bagaimanapun apabila sudah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963, nama Sabah digunakan semula.
- 73 reads

