MEMBAKUT-BEAUFORT JADI PERINTIS
MEMBAKUT: Kerajaan Negeri dengan dibantu oleh Kera-jaan Pusat akan terus berusaha untuk membangun kawasan tanah sawah yang terbiar yang ada di seluruh negeri ini untuk penanaman padi.
Sehubungan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, kerajaan sedang mengenalpasti kawasan tanah yang belum diterokai dan sesuai untuk penanaman padi dengan memberi tanggunjawab kepada Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) untuk melaksanakannya.
Katanya, tanah-tanah berkenaan akan ditawarkan kepada LKNS dan agensi-agensi kwerajan yang lain atau syarikat swasta untuk dibangunkan sebagai ladang-ladang padi secara komersial.
“Kerajaan akan memberikan peruntukan mengikut keperluan di satu-satu kawasan yang akan diusahakan, apa yang penting rakyat hendaklah merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan kerana ianya memberi manafaat dan pulangan hasil yang baik kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan Projek Pembangunan Tanah Sawah Terbiar peringkat Daerah Kecil Membakut, di Blok 2, Kawasan Skim Padi Kampung, Pimping, dekat sini, kelmarin.
Sehubungan itu, beliau juga menasihatkan rakyat di negeri ini yang mempunyai kawasan tanah yang sesuai untuk tanaman padi supaya terus mengusahakannya dengan penanaman padi dan tidak menukarnya dengan tanaman lain.
“Tanah-tanah yang ada perlu diusahakan dengan tanaman mengikut kesesuaian, jika ia seauai untuk padi, ia haruslah ditaman dengan padi dan sekiranya tanah itu sesuai untuk tanaman seperti kelapa sawit dan sebaginya ia hendaklah ditaman dengan tanaman berkenaan,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Musa berharap supaya lebih banyak persatu mahupun badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini akan mencontohi langkah Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) dalam menjalinkan kerjasama dengan agensi-kerajaan seperti LKTNS untuk melaksanakan projek-projek ekonomi di kawasan masing-masing da menggunakan ahli persatuan sebagai sumber tenaga kerja.
Menurutnya, penglibatan persatuan dalam projek-projek kerajaan bukan saja dapat mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada ahli-ahli terutamanya kepada para belia, tetapi juga membolehkan persatuan-persatuan tersebut menyumbang secara langsung kepada program-program pembangunan di negeri ini.
Beliau turut menyeru kepada para petani yang mempunyai tanah sawah terbiar supaya segera mengusahaknnya, ini kerana pada masa ini kerajan sudah menyediakan banyak insentif kepada para petani yang mengusahakan penanaman padi.
Mengenai projek Pembangunan Tanah Sawah Terbiar yang diusahakan secara usahasama oleh LKTNS PMBS sdan agensi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Musa berkata, ianya melibatkan kawasan tanah seluas 200 hektar dengan peruntukan permulaan RM2 juta.
“Saya berharap dengan adanya pelancaran projek pembangunan tanah sawah terbiar hari ini, akan berupaya menjadi pemangkin kepada para petani dan juga pesawah untuk lebih aktif mengusahakan tanaman padi mereka,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Pengerusi LKTNS, Datuk Sapawi Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Presiden PMBS, Datuk Yusoff Mohd Kassim dan Pengurus Besar LKTNS, Jhuvarri Majid.
CM: TANAM PADI ... YAB Datuk Seri Musa (empat, kiri) menanam padi bersama-sama YB Datuk Sapawi Pengerusi SLDB tetamu kenamaan yang lain pada pelancaran Projek Pembangunan Tanah Sawah Terbiar di Kampung Pimping, Membakut kelmarin

