Id Katalaluan
KPKT | Soalan Lazim | Hubungi Kami | Sitemap

Masalah setinggan di Sabah akan diatasi segera

Baeufort : SALAM...Lajim bersalaman dengan masyarakat Kuala Penyu yang hadir pada majlis perasmian itu.Baeufort : SALAM...Lajim bersalaman dengan masyarakat Kuala Penyu yang hadir pada majlis perasmian itu.19th May, 2009
KUALA PENYU: Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha memastikan masalah setinggan di negara ini khususnya di Sabah dapat diatasi dengan segera.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan Persekutuan telah menambah peruntukan bagi mengatasi masalah setinggan di negeri ini.

“Penambahan peruntukan itu adalah bagi ka-wasan setinggan yang didiami masyarakat bumiputera Sabah dan bukannya pendatang asing tanpa izin (PATI).

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan Umno DUN Kuala Penyu 2009 di Dewan Dato Shahbandar Makang, di sini kelmarin.

“Kerajaan akan menyediakan penempatan baharu yang lengkap dengan kemudahan asas dan akan memberikan notis tiga hingga enam bulan bagi memudahkan mereka berpindah ke penempatan tersebut sebelum bertindak merobohkan rumah setinggan mereka.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kementeriannya juga akan berusaha menyalurkan bantuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutama sekali bagi mengatasi masalah setinggan serta masalah sampah di negeri ini.

Tambahnya lagi, sehingga kini telah banyak projek perumahan rakyat serta projek sewa beli telah dimulakan bagi menyelesaikan masalah setinggan terutama sekali kawasan yang mempunyai permintaan tinggi seperti Wilayah Per-sekutuan Kuala Lumpur.

“Projek perumahan sewa beli itu dibuat supaya pekerja yang datang dari luar Kuala Lumpur mampu mendapat kemudahan perumahan yang murah dan selesa dengan hanya membayar sewa sebanyak RM124 sebulan bagi rumah yang mempunyai tiga bilik,” ujarnya.