Id Katalaluan
KPKT | Soalan Lazim | Hubungi Kami | Sitemap

Lima kumpulan pengusaha bot nelayan tradisional tandatangani perjanjian

22nd January, 2009 KOTA KINABALU: Lima kumpulan pengusaha bot nelayan tradisional yang menjadi ahli dua buah Persa-tuan Nelayan Kawasan (PNK) menjadi kumpulan pertama persatuan nelayan di negeri ini menandatangani perjanjian di bawah Program Transformasi Nelayan. Lima kumpulan pengusaha bot tradisional itu yang dianggotai oleh 25 peserta adalah daripada PNK Teluk Padas dan PNK Papar mereka ber-gabung dengan membentuk sebuah syarikat sebagai hak milik bersama. Melalui penggabungan itu, mereka akan diberi kemudahan pinjaman RM350,000 untuk satu kumpulan, iaitu RM70,000 bagi setiap seorang peminjam di mana pembiayaan dana disediakan Lembaga Kemajuan Ikan Ma-laysia (LKIM). Daripada 26 kumpulan pengusaha bot nelayan tradisional yang sudah diluluskan melalui program transformasi nelayan LKIM di negara ini, Sabah mempunyai jumlah yang paling banyak, iaitu 16 kumpulan yang melibatkan 67 peserta dengan peruntukan RM4.1 juta Bercakap selepas majlis menandatangani perjanjian itu di pejabat LKIM Sabah di sini, kelmarin, Peng-urus Besar (Operasi) Majuikan Sdn Bhd, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim berkata, program Transformasi Ne-layan itu merupakan bersepadu antara LKIM, Persatuan Nelayan dan Ma-juikan Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik LKIM. Katanya, melalui perjanjian yang ditandatangani kelmarin, lima kumpulan pengusaha bot nelayan tradisional itu akan membeli lima buah bot nelayan untuk menangkap ikan daripada Majuikan Engineering & Maritime Services Sdn Bhd (MEMS) yang merupakan anak syarikat Majuikan Sdn Bhd yang teletak di Kuantan Pahang. Katanya, lima buah bot berkenaan yang dibina menggunakan fiberglass akan siap dalam tempoh antara empat hingga enam bulan dan dijangka akan dapat diserahkan kepada lima persatuan nelayan itu pada pertengahan bulan Ogos depan. Setiap satu buah bot itu berharga RM300,000 dengan dilengkapi pelbagai kemudahan yang diperlukan untuk operasi menangkap ikan. Wan Mohd Adnan berkata, tempoh pembayaran balik pinjaman selama enam tahun dan untuk pembayaran pertama pinjaman untuk RM40,000 ia tanpa dikenakan faedah, manakala pembayaran kedua untuk RM30,000 lagi dikenakan faedah dua peratus sebagai caj perkhidmatan. Menurutnya, program transformasi nelayan itu merupakan program ber-sepadu antara tiga pihak, iaitu LKIM yang memberi khidmat sokongan dan peruntukan pinjaman. Majuikan Sdn Bhd pula membina bot dan membantu dari segi pemasaran produk ikan terutamanya di hypermarket dan supermarket di Kuala Lumpur manakala Persatuan Nelayan pula akan berperanan mengutip pinjaman. Jelasnya, objektif program transformasi nelayan itu adalah untuk menjadikan sektor perikanan pantai satu sektor ekonomi yang produktif, berdaya saing, menarik dan menguntungkan melalui pengurusan yang lestari.