Id Katalaluan
KPKT | Soalan Lazim | Hubungi Kami | Sitemap

KALAULAH SEMUA MACAM NI... KAN SENANG

Dilaporkan Persatuan Kereta Sewa Beaufort secara sukarela telah menurunkan caj tambang perjalanan Beaufort-Kota Kinabalu, drpd RM 19.40 ke RM 15.00 berkuatkuasa kelmarin.

Alasan yg diberikan ialah : penurunan harga minyak ketika ini, disamping membantu para penumpang mereka yang majoritinya penduduk berpendapatan rendah.

Baguslah, tindakan begini memang wajar kita sokong. Kalaulah semua peniaga dan pembekal perkhidmatan berfikir macam ni, senanglah kita semua rakyat Malaysia. Masalahnya, ramai yg bsikap tunggu arahan, tunggu kena ketuk!

Harga minyak sudah turun beberapa kali, harga barang masih macam tu jugak. Baru-baru ni berbual dengan seorang taukeh, kenapa harga barang masih belum turun. Jawapannya, barang masih stok lama. Saya kata: naik bukan main cepat, turun apasal lambat?
Posted by ustazSAID at 10:25 AM 0 comments Links to this post
Labels: Barang, Beaufort, minyak

Ustaz Said blog