Id Katalaluan
KPKT | Soalan Lazim | Hubungi Kami | Sitemap

Bengkel Pra-SPM Skor: Pendaftaran masih dibuka

CALON Sijil Pelajaran Malaysia 2009 disaran menyertai Bengkel Pra SPM 2009 yang akan diadakan di Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 27 hingga 31 Disember ini.

Bengkel dua sesi membabitkan subjek teras dan elektif bertujuan mendedahkan peserta mengenai strategi belajar, mengingat formula asas dan menjawab soalan peperiksaan secara betul dan berkesan.

Sesi pertama pada 27 dan 28 Disember akan membincangkan mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Biologi, manakala Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah (29 dan 30 Disember).

Menerusi bengkel yang akan dikendalikan guru pakar serta berpengalaman yang juga penulis Fokus SPM akhbar sisipan SKOR terbitan Berita Harian itu, peserta juga berpeluang mengajukan soalan berkaitan subjek dibincang.

Pelajar berminat menyertainya, kembalikan borang penyertaan yang tersiar di halaman pendidikan akhbar ini berserta yuran penyertaan ke alamat tertera.

Maklumat lanjut, hubungi urus setia di telefon 03-20569772/03-20567780